Jalan Chow Kit sering menjadi destinasi pilihan bekas banduan pasca pemenjaraan. Terdapat sekumpulan besar bekas banduan yang memilih untuk berhijrah dan bertumpu di Kuala Lumpur disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun begitu, kekurangan kajian yang memberikan tumpuan kepada kelompok ini dari sudut faktor pemilihan lokasi tumpuan mereka menimbulkan persepsi negatif banyak pihak. Kajian ini memberikan tumpuan kepada mengenal pasti destinasi gelandangan selepas keluar penjara dan mengkaji faktor penghijrahan bekas banduan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk pengumpulan data ke atas 142 orang gelandangan bekas banduan di sekitar Jalan Chow Kit. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 46.48% gelandangan bekas banduan memilih destinasi ke Kuala Lumpur selepas keluar penjara. Faktor utama penghijrahan golongan ini adalah kerana ketiadaan tempat untuk dituju (24.65%) diikuti dengan faktor lokasi penjara mereka dibebaskan (15.49%), dan pengaruh rakan (10.56%). Dapatan kajian mempunyai beberapa implikasi terhadap dasar dan praktis dan juga keperluan intervensi terhadap golongan gelandangan yang disasarkan untuk menangani keperluan khusus gelandangan bekas banduan.
Download Full Article
Enter your details to download full article