KEPUASAN MENGAJAR SECARA DALAM TALIAN DALAM KALANGANPENGAJAR INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

Abstract

COVID-19 memberi impak kepada sistem pendidikan, terutamanya dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Namun begitu, COVID-19 juga dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 melalui e-pembelajaran yang komprehensif. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kepuasan pengajaran dalam talian dalam kalangan pengajar di ILKBS di Malaysia daripada empat pembolehubah iaitu capaian internet, kemahiran pengajaran dalam talian, penglibatan pelajar, danpengurusan masa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang melibatkan 176 tenaga pengajar sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data yang diedarkan kepada sampel kajian. Maklum balas responden diwakili oleh empat skala Likert. Perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan yang sederhana dalam kalangan tenaga pengajar melalui e-pengajaran, mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menambah baik kemudahan internet yang menjadi nadi kepada e-pengajaran, mewujudkan pendekatan pengajaran terbaik yang melibatkan peserta aktif dalam e-pembelajaran, dan merancang masa sebaik-baiknya selaras dengan aliran semasa.