Adolescent Sexual Ideology and Sexuality

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan antara ideologi seksual dan seksualiti remaja di Butterworth, Pulau Pinang. Responden kajian adalah 241 orang pelajar yang berumur antara 13 -18 tahun daripada 3 buah sekolah yang dipilih. Kaedah persampelan mudah digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Sexual Ideology Scale (WHO 2004), Sexual Knowledge Scale, Sexual Attitude Scale dan Sexual Behavior Assessment (Yaacob, Baharudin, Juhari, Mansor, Talib and Wong 2009) masing- masing digunakan untuk mengukur ideologi seksual dan seksualiti remaja. Hasil kajian menunjukkan perkaitan signifikan antara ideologi seksual dengan pengetahuan seksual (r=.283, p<0.01) dan tingkahlaku seksual (r=.278, p<0.01). Ideologi seksual telah menunjukkan perkaitan dengan pengetahuan dan tingkahlaku seksual remaja tetapi tiada perkaitan dengan sikap seksual remaja. Dapatan kajian ini menyokong kepentingan pendidikan seksual untuk mendapat kefahaman tentang seksualiti dalam kalangan remaja.