Kajian ini bertujuan mengkaji faktor moderator jantina, umur dan lokasi dalam pengetahuan literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia. Kajian kuantitatif ini melibatkan 1000 orang belia Malaysia yang dikategorikan kepada lima zon (Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, Malaysia Timur). Teknik pensampelan rawak berstrata digunakan dalam pemilihan sampel kajian yang melibatkan kategori jantina, umur dan lokasi. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan empat pemboleh ubah pengetahuan literasi kelestarian alam sekitar yang melibatkan elemen; atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera yang diukur dalam bentuk soal-selidik. Hasil dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia dari segi jantina (t(998) = .527, p > 0.05), umur (t(998) = .154, p > 0.05) dan lokasi (t(998) = 1.119, p > 0.05). Ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia dari segi jantina lelaki dan perempuan adalah tiada beza, begitu juga kategori umur belia 20 hingga 29 tahun dan 30 hingga 39 tahun serta lokasi penempatan bandar dan luar bandar juga tiada beza. Implikasi kajian ini diharap dapat memberikan idea awal berkenaan dengan faktor demografi yang secara tidak langsung memberi kesan meningkatkan pengetahuan literasi kelestarian alam sekitar yang berfokuskan kepada golongan belia di Malaysia.