COVID-19 memberi impak kepada sistem pendidikan, terutamanya dalam Pengajaran
dan Pembelajaran.Namun begitu, COVID-19 juga dilihat sebagai agen transformasi
dan pemangkin kepada pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 melalui e-pembelajaran
yang komprehensif. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kepuasan pengajaran
dalam talian dalam kalangan pengajar di ILKBS di Malaysia daripada empat
pembolehubah iaitu capaian internet, kemahiran pengajaran dalam talian, penglibatan
pelajar, danpengurusan masa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif
yang melibatkan 176 tenaga pengajar sebagai sampel kajian yang dipilih secara
rawak. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk
mengumpul data yang diedarkan kepada sampel kajian. Maklum balas responden
diwakili oleh empat skala Likert. Perisian komputer Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 27 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kepuasan yang sederhana dalam kalangan tenaga pengajar
melalui e-pengajaran, mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) untuk menambah baik kemudahan internet yang menjadi nadi
kepada e-pengajaran, mewujudkan pendekatan pengajaran terbaik yang melibatkan
peserta aktif dalam e-pembelajaran, dan merancang masa sebaik-baiknya selaras
dengan aliran semasa.
Download Full Article
Enter your details to download full article