Melahirkan Masyarakat Melayu Cemerlang: Persoalan Konsep dan Kerangka Teoretis

Abstract

Idea untuk melahirkan satu masyarakat yang cemerlang dan menjulang perlu mempunyai kerangka konseptual dan teoretis
yang pragmatis. Artikel ini membincangkan beberapa masalah konseptual dan teoretis berhubung dengan idea melahirkan
masyarakat Melayu yang cemerlang dan menjulang. Konsep personaliti, budaya, nilai dan perenggu minda dibincangkan
dengan tujuan melahirkan satu sintesis konsep yang luas dan saling berkaitan. Dicadangkan supaya instrumen penyelidikan
digubal dengan mengambil kira tujuan untuk mendapatkan data sosiologi dan psikologi berkaitan dengan personaliti, nilai dan perenggu-minda.