Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu mencorakkan landskap sosio ekonomi dan politik. Penglibatan bakat kepemimpinan belia baharu perlu digilap melalui latihan profesional dan pendedahan yang meluas, termasuk pembangunan kepemimpinan belia melalui pementoran. Kertas ini membincangkan potensi kaedah pementoran dalam program pembangunan kepimpinan belia terhadap Pembangunan Belia Positif (Positive Youth Development). Selain daripada pembangunan aset dalaman seperti pengukuhan kemahiran kepimpinan, sejauhmanakah kaedah pementoran membuka peluang kepada belia dalam membina aset ekologi menerusi akses yang dimiliki oleh mentor? Kaitan antara kaedah pementoran dan pembangunan kepimpinan belia dilihat secara langsung berdasarkan sumbangan terhadap PYD.