MEMPERKUKUH MINAT KESUKARELAWANAN MELALUI MODUL PEMERKASAAN: KAJIAN KES KUASI-EKSPERIMEN DI SEKOLAH-SEKOLAH KUBANG PASU

Abstract

hacklink
hacklink
hacklink
php shell
php shell downloadMemupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah adalah penting dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Melalui aktiviti kesukarelawanan, pelajar terdedah kepada pelbagai situasi dan pengalaman kehidupan sebenar yang membantu mereka untuk membangunkan perspektif yang lebih luas tentang kehidupan. Justeru, sukarelawan sekolah adalah antara penyumbang penting kepada kejayaan keseluruhan sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan quasi eksperimen dengan melalui   borang soal selidik pre and post test daripada sesi pemindahan ilmu memperkasakan minat kesukarelawanan pelajar sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah, seramai 90 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok dan 73 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok telah terlibat sebagai sampel bagi projek ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, skor min sebelum program dijalankan (pre-test) berada pada tahap sederhana, manakala skor min selepas program dilaksanakan (post-test) menunjukkan peningkatan ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, skor min pre-test berada pada tahap sederhana, namun skor min post-test menunjukkan peningkatan yang ketara sehingga mencapai tahap tinggi. Hasil kajian yang diperolehi mendapati peningkatan pemahaman pelajar di kedua-dua buah sekolah menjadi lebih tinggi selepas mengikuti modul yang disediakan. Ia menunjukkan keupayaan modul kesukarelawanan dalam menyalurkan ilmu pengetahuan berkaitan kepada pelajar selepas pelajar mengikuti modul ini.