LGBT bukan lagi satu isu yang baharu di Malaysia. Namun, kewujudan golongan ini mengakibatkan timbulnya perspektif dari pelbagai pihak terutama media sosial. Malah, penerimaan kewujudan golongan ini juga pernah menjadi isu hangat di negara kita pada satu ketika dahulu. Sehingga ke hari ini komuniti LGBT masih meraih perhatian apabila pelbagai berita timbul dan kecaman masyarakat sekeliling meningkat. Tiga permasalahan utama diperoleh iaitu kurang penekanan terhadap gaya hidup berlandaskan agama, kestabilan institusi kekeluargaan dan cacian masyarakat terhadap komuniti LGBT yang menjadi penghalang kepada mereka untuk berubah. Maka, berlandaskan permasalahan ini, objektif penyelidikan telah dibentuk iaitu untuk meneroka pembangunan belia positif kepada aktiviti LGBT dengan melihat bagaimana elemen 5C (kompetensi, keyakinan, karakter, hubungan dan juga kasih sayang) dalam model PYD (positive youth developmnent) mempengaruhi belia berisiko LGBT untuk kembali kepada fitrah. Penyelidikan ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menjadikan temu bual sebagai komponen utama dalam mengumpulkan data. Hasil penyelidikan mendapati elemen 5C dalam model PYD telah diterapkan ke dalam tiga tahap perubahan dalam teori perubahan Kurt. Penerapan elemen-elemen ini membantu dalam proses pengekalan dalam perubahan yang telah dijalani oleh belia berisiko LGBT. Bukan itu sahaja, pendidikan agama, hubungan dan kasih sayang, pengekalan momentum dan pembentukan sahsiah serta nilai positif juga memberi impak terhadap proses pengekalan yang dijalani agar belia tidak kembali semula kepada dunia LGBT. Walau bagaimana pun, semua ini haruslah dimulakan dengan galakan peringkat awal iaitu peringkat pertama dalam perubahan.
Download Full Article
Enter your details to download full article