Objektif kertas ini ialah untuk mengkaji pengetahuan
golongan belia terhadap pendekatan Islam Hadhari
yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia
sejak 2003. Pensampelan terdiri daripada 1000 orang
responden yang dipilih di kalangan belia berumur 19
hingga 30 tahun. Data dikumpulkan daripada borang
soal selidik yang diisi sendiri oleh responden.
Pengetahuan responden tentang Pendekatan Islam
Hadhari diukur menggunakan empat Skala Likert iaitu,
Sangat Setuju (4), Setuju (3), Tidak Setuju (2) dan
Sangat Tidak Setuju (1). Hasil kajian menunjukkan
majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi tentang pendekatan Islam Hadhari.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan
pengetahuan di kalangan responden berdasarkan etnik
dan terdapat perkaitan yang signifikan antara umur
dan pengetahuan responden terhadap pendekatan ini.