Penglibatan belia dalam aktiviti sukarela dapat membantu usaha Negara ke arah memupuk sikap positif untuk membantu masyarakat, menanam penghayatan nilai-nilai murni serta mengukuh identiti diri. Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan dapatan kajian mengenai penglibatan belia di Malaysia dalam aktiviti sukarela bagi tempoh 10 tahun (2008-2017) berdasarkan sorotan literatur secara sistematik. Dapatan kajian telah mengenalpasti empat tema yang terhasil iaitu faktor-faktor penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, variasi keterlibatan belia dalam konteks aktiviti sukarela, deskripsi profil demografi penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, dan model-model konseptual yang mendasari kajian- kajian sukarelawan dalam lingkungan Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian, perbincangan mengenai implikasi praktis, teori, dan kajian akan datang turut dibahaskan.
PENGLIBATAN BELIA DALAM AKTIVITI SUKARELAWAN MALAYSIA
- HAPSAH MD YUSOF, NUR AFIFAH BAHARUM, NURUL AIN MOHD DAUD, NORAZANI AHMAD & FAUZIAH MOHD SAAD
- Volume 10; Issue 1 2018
- https://doi.org/10.56390/apjys2024.18.6.18
Abstract
- Keywords: Aktiviti Sukarela, Analisis Sistematik, Belia, Model Sukarelawan, Sukarelawan