Kebanyakan organisasi menggunakan aktiviti penilaian prestasi dalam pentadbiran dan pembangunan kakitangan bertujuan menentukan pemberian ganjaran, kenaikan pangkat mahupun latihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran kakitangan . Oleh itu, sistem penilaian prestasi yang berkesan dapat membantu dalam pembangunan organisasi, terutamanya dalam aspek pembangunan kompetensi serta potensi pegawai muda (belia). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit maklumat mengenai adaptasi prinsip pendekatan kualiti menyeluruh (TQM) seperti kaedah Maklum Balas 360 Darjah (MB 360 Darjah) dalam penilaian prestasi Perkhidmatan Awam di Malaysia. Tujuan kertas ini dijalankan adalah untuk meneroka persepsi terhadap pelaksanaan MB 360 Darjah dalam aktiviti penilaian prestasi sekiranya dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Pengumpulan data telah dilakukan menerusi melalui kaedah temu bual secara separa berstruktur. Dapatan dari hasil kajian menunjukkan terdapat lima tema yang dapat dipecahkan antaranya ialah konsep penilaian kaedah MB 360 darjah dan empat dimensi penilainya iaitu oleh penyelia, secara kendiri, mendatar (flat) oleh rakan sekerja dan menegak (bottom-up) oleh subordinat. Penerokaan empirikal daripada kajian ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan pegawai muda dalam Perkhidmatan Awam terutamanya dalam aspek pengurusan prestasi dan pembangunan kerjaya. Kajian lanjutan terutama mengenai integrasi kaedah ini dengan proses penilaian sedia ada boleh dibuat untuk lebih memahami praktikaliti pelaksanaannya.
Download Full Article
Enter your details to download full article