STRATEGI PENGAJARAN DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI SMK SERI AMPANGAN

Abstract

Para pelajar kembali semula kepada sesi bersemuka dengan pelbagai isu yang timbul semasa sesi pembelajaran alam maya sewaktu fasa pandemik. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka strategi pengajaran guru Bahasa Melayu dan mengenal pasti motivasi pelajar tingkatan empat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah reka bentuk kualitatif yang melibatkan dua orang guru Bahasa Melayu dan tiga orang pelajar tingkatan empat di kawasan Seremban. Pengkaji telah memilih kaedah temu bual separa berstruktur yang mana ia bersifat fleksibel. Dapatan kajian menunjukkan guru bahasa Melayu telah mengaplikasikan empat strategi semasa aktiviti pengajaran dan pembelaajran (PdP) iaitu strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan pelajar, strategi berpusatkan aktiviti dan strategi berpusatkan bahan. Di samping itu, hasil daripada temu bual juga menunjukkan pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu iaitu dengan melihat motivasi intrinsik dan motivasi ekstriksik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan pendekatan yang menarik sewaktu sesi PdP dilaksanakan bagi muwujudkan pembelajaran yang lebih efektif dan seterusnya mampu membentuk motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar.