THE EFFECTS OF YOUTHS’ LIFE SATISFACTION AND JOB PERFORMANCE ON THEIR TURNOVER INTENTION

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepuasan hidup dan prestasi kerja belia terhadap kecenderungan mereka meninggalkan kerja. Seramai 163 orang belia yang bekerja di sektor swasta di Kota Kinabalu, Sabah terlibat dalam kajian ini. The Satisfaction with Life Scale, Staples’ Measure yang direka bentuk oleh Staples (1999) untuk mengukur prestasi kerja pekerja dan skala kecenderungan meninggalkan kerja yang diadaptasikan MacIntosh and Doherty (2010) telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa prestasi kerja dan kepuasan hidup adalah peramal signifikan kepada kecenderungan belia meninggalkan kerja. Kepuasan hidup memberi pengaruh secara positif sementara prestasi kerja memberi pengaruh secara negatif terhadap kecenderungan belia meninggalkan kerja. Keputusan kajian juga menunjukkan kepuasan hidup tidak menjadi peramal kepada kecenderungan meninggalkan kerja apabila ia dianalisis bersama prestasi kerja dalam persamaan regresi. Kepuasan hidup tidak bermain peranan sebagai moderator dalam hubungan di antara prestasi kerja dengan kecenderungan meninggalkan kerja.