Fenomena laman sosial Facebook menyerap pantas ke dalam masyarakat memberi impak yang besar kepada pengguna. Kajian ini bertujuan untuk meneliti impak penggunaan laman sosial Facebook terhadap pengguna terutama terhadap golongan remaja. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, menerusi kajian kepustakaan dan analisis dokumen kajian lepas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan laman sosial Facebook memberi impak yang negatif lebih tinggi berbanding positif jika tidak dikawal dengan sebaiknya dan dieksploitasi bagi tujuan yang buruk. Di akhir kajian, beberapa cadangan diberikan agar penggunaan laman sosial Facebook dapat digunakan ke arah yang lebih baik.
Post Views: 44