Institusi politik moden telah sekian lama memanfaatkan slogan sebagai alat untuk mempromosikan visi serta agenda pemimpin utama politik negara. Sejarah perkembangan politik Malaysia, sejak perjuangan mencapai kemerdekaan pada
penghujung dekad 1940an hingga kini, mencatatkan kelahiran dan penggunaan berbagai slogan oleh para pemimpin utama organisasi politik yang berkuasa. Makalah ini membicarakan kelahiran dan penggunaan slogan politik oleh para pemimpin UMNO sejak zaman Dato’ Onn yang mengasaskan penubuhan parti tersebut hingga ke era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini. Menerusi penelitian terhadap berbagai slogan politik ini ingin dibuktikan bahawa mesej yang dibawa menerusi setiap slogan, pada umumnya, selari dengan kondisi dan kesedaran sosio-politik zamannya. Slogan1Malaysia
dilahirkan oleh kondisi sosio-politik Malaysia Abad ke-21 dan oleh keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2009.