DYNAMICS OF THE MEDIA AND YOUTH TRANSFORMATION IN MALAYSIA: AN OBSERVATION

Abstract

Perubahan dalam pendekatan kerajaan untuk memantau sektor media dan impak penggunaan internet telah mengubah nilai politik dan budaya belia Malaysia. Kini belia lebih berpengetahuan, lebih mendesak dan cenderung dalam mengejar idealisme demokrasi. Transformasi sedemikian tidak boleh dipandang remeh. Parti-parti politik terutamanya parti pemerintah memandang serius perubahan tersebut memandangkan majoriti pengundi terdiri daripada belia. Kepentingan belia dalam menentukan keputusan pilihan raya menjadi semakin nyata selepas pilihan raya umum 2008. Kerajaan Barisan Nasional mengorak langkah untuk cuba membina semula hubungan dengan golongan belia yang sudah berubah melalui konsep 1Malaysia. Namun begitu, mampukah konsep tersebut membantu kerajaan Barisan Nasional untuk mendapat sokongan belia? Bagi menjawab persoalan ini, artikel ini menyorot transformasi sosial yang melanda belia Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’Seri Mohd. Najib Abdul Razak dianalisis bagi menilai potensi konsep tersebut dalam meraih sokongan belia. Pelbagai aspek yang berkaitan dengan transformasi belia akibat perubahan struktural dalam industri media dan juga teknologi turut dibincangkan.