INDEKS BELIA MALAYSIA: GAMBARAN IMPAK PELAKSANAAN DASAR BELIA MALAYSIA

Abstract

Dasar Belia Malaysia (DBM) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei 2015 bersempena dengan Hari Belia Negara 2015. DBM terbentuk hasil daripada suatu usaha bagi mengemas kini dan mengukuhkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997. Pengukuhan dasar mengenai belia di negara ini adalah dilihat amat penting dalam konteks memenuhi keperluan kerangka kerja dan ekosistem pembangunan belia abad baru berdasarkan asas yang telah terbina dalam dasar- dasar terdahulu.

Dua indeks utama yang menjadi sumber rujukan DBM adalah Indeks Belia Malaysia (IBM) dan Global Youth Development Index (GYDI). Kedua-dua indeks ini adalah sebahagian daripada enam Mekanisme Penilaian DBM yang membolehkan kumpulan pelaksana pembangunan belia lebih sensitif dengan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas golongan belia di negara ini.