PEMILIKAN MAKNA, TUJUAN DAN NILAI KEHIDUPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA

Abstract

Kehidupan yang mempunyai makna, tujuan dan nilai telah menjadi tumpuan utama beberapa teori dalam psikologi kemanusiaan. Hal ini dikira penting kerana dengan memiliki tiga perkara asas ini seseorang individu dapat mengoptimunkan kehidupannya. Pengukuran makna hidup agak sukar untuk dilakukan kerana halangan yang bersifat kebimbangan pragmatik seperti mengukur pengalaman yang bersifat subjektif dan ketidaksesuaian teori atau pendekatan yang ada diperkenalkan oleh ahli psikologi kemanusiaan. Walau bagaimanpun Logoterapi, sebuah pendekataan psikologi kemanusiaan dianggap sesuai untuk melihat persoalan makna, tujuan dan nilai hidup. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan kaedah empirikal yang berkaitan dengan pemilikan makna, tujuan dan nilai melalui paradigma humanistik-eksistensi. Untuk tujuan ini, ujian makna logotherapeutic iaitu Mencari Matlamat Noetik (SONG) akan digunakan. Struktur faktor 20-item yang terdapat dalam ujian ini diaplikasikan melalui kaedah pengesahan analisis faktor (factor analytic). Kajian ini menggunakan data yang diperolehi daripada pelajar universiti awam Malaysia (N = 2056) Analisis faktor menyokong model dua faktor yang terdapat pada SONG. Corak korelasi yang terdapat pada dua factor ini iaitu Faktor 1, yang berkaitan dengan kehidupan yang menggembirakan dan memuaskan, memperlihatkan hubungan yang sangat kuat dengan Faktor 2 , iaitu tujuan dalam kehidupan.