DAYA TAHAN DIRI DARI PERSPEKTIF GENERASI Y DI TERENGGANU

Abstract

Ketiadaan dan kelemahan daya tahan diri mengakibatkan gangguan kesejahteraan psikologi dan kelestarian pengajian dalam kalangan Generasi Y yang juga merupakan pelajar bidang perhubungan menolong di universiti awam di Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman informan tentang daya tahan diri. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif. Kutipan data kualitatif adalah melalui kaedah temu bual kumpulan fokus menggunakan protokol temu bual semi-struktur. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan pendekatan persampelan bertujuan. Sampel yang dikenali sebagai informan dalam konteks kajian kualitatif adalah 16 orang Generasi Y yang merupakan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang perhubungan menolong di dua buah universiti awam di Terengganu. Data kualitatif dianalisis secara analisis tema dan dilaporkan dalam bentuk jadual matriks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan mempunyai pengalaman berkaitan daya tahan diri. Pengalaman informan ditunjukkan melalui keupayaan informan memberikan definisi tentang daya tahan diri dan menyatakan ciri individu yang mempunyai daya tahan diri. Dapatan kajian menunjukkan informan juga mempunyai pengalaman cara untuk membentuk daya tahan diri serta bagaimana daya tahan diri dapat membantu mereka sebagai pelajar universiti menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah peningkatan ilmu pengetahuan berkaitan daya tahan diri seterusnya mempromosi dan memperkasakan daya tahan diri dalam kalangan Generasi Y. Selaras dengan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan suatu intervensi berasaskan laman web (web-based intervention) bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kelestarian pengajian dalam kalangan Generasi Y di universiti awam.