Penagihan dadah pada masa kini adalah perkara biasa di halwa telinga masyarakat. Pelbagai usahasama dijalankan antara badan kerajaan dan bukan kerajaan dengan menubuhkan pusat pemulihan bagi mengembalikan kefungsian mereka. Namun, adakah perananan pihak berwajib sahaja sudah cukup untuk mengembalikan kefungsian mereka? Jesteru artikel ini akan memperihalkan sokongan dan peranan ahli keluarga serta masyarakat yang membei kesan kepada kepulihan penagih dadah yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil dan berada di fasa terakhir pemulihan (yang bakal menamatkan tempoh pemulihan). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan soalan hujung terbuka bagi memberi kebebasan kepada klient untuk berkongsi tanpa rasa terikat. Seramai lima orang klient telah terpilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk menjadi responden kepada kajian ini dan butiran temubual dan dicatatkan sebagai bukti. Kajian ini mencakupi ciri-ciri sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga dan masyarakat serta kesan sokongan tersebut kepada klient di dalam membantu mereka mencapai kepulihan secara menyeluruh. Pengkaji telah mereka bentuk soalan-soalan kajian berdasarkan kajian kes terdahulu dan analisis dokumen yang berkaitan dengan penagihan relaps di Malaysia.