Perbincangan kertas kerja ini tertumpu kepada budaya kesukarelawanan Pergerakan Puteri UMNO amnya dan Bahagian
Sepanggar, Sabah khasnya. Ahli Pergerakan ini pada keseluruhannya adalah terangkum dalam golongan belia kerana ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan wanita yang berumur 35 tahun ke bawah. Tulisan ini cuba memberi tumpuan kepada tiga perkara, iaitu (1) mengenal pasti kerja-kerja sukarela yang dibuat oleh mereka, (2) mencari sebab/faktor yang menarik Pergerakan untuk terlibat dalam kerjakerja kesukarelawanan dan (3) halangan-halangan yang dihadapi oleh Puteri UMNO dalam usaha mereka untuk menjana lagi kerjakerja kesukarelawanan. Penulis juga cuba melihat bahawa betapa pentingnya semangat kesukarelawanan dijadikan satu budaya yang berterusan yang sepatutnya diamalkan oleh Puteri UMNO tanpa
menyerlahkannya sebagai gerakan parti politik, iaitu dengan memberi khidmat sukarela kepada semua golongan wanita tanpa mengira fahaman politik. Budaya kesukarelawanan Puteri UMNO ini akhirnya pasti akan dapat menarik golongan belia wanita dan juga masyarakat keseluruhannya untuk memberi sokongan kepada gerakan parti, khususnya UMNO dan Barisan Nasional setelah para ahli Pergerakan itu dan masyarakat keseluruhannya memahami betapa pentingnya sokongan mereka dalam menegakkan sebuah negara demokrasi.
Kerja Sosial Puteri UMNO: Satu Tinjauan
- MAT ZIN MAT KIB & SHIREEN
- Volume 01; Issue 1 2009
- https://doi.org/10.56390/apjys2024.1.1.11
Abstract
- Keywords: Belia, Budaya Kesukarelawanan, Kerja Sosial, Parti Politik, Puteri UMNO